You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us

Blogger news

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, May 5, 2011

SoLaT 5 wAkTu

Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH:
Manusia pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakat.
Rakaat Pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma

ZOHOR:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur adalah Nabi Ibrahim a.s iaitu tatkala Alah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s . Seruan itu datang pada waktu matahari tergelincir, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak 4 rakaat.
Rakaat Pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT
Rakaat Keempat: tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

ASAR:
Manusia pertama yang mengejakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk solat waktu ASAR. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada kegelapan iaitu:
Rakaat Pertama: Kelam dengna kesalahan
Rakaat Kedua: Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga: Kelam dengan malam
Rakaat Keempat: Kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB
Manusia pertama mengerjakan solatmaghrib ialah nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakat Pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang maha Esa.
Rakaat Kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya

ISYAK:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. pada ketika itu, nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Lalu sembahnyangla Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat Pertama: Tanda dukacitanya terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat Ketiga: Tanda dukacitanya terhadap Firaun.
Rakaat Keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...