You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us

Blogger news

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, January 27, 2012

pEmiLik ciNtA ♥

wahai lelaki bakal suami ku.....pemilik cinta ku....aku tidak mahu ustaz2 mengajar hukum agama kepada ku..aku mahu KAMU sebgai suami ku yang mengajarkan kepada ku...aku tidak mahu orang lain menjadi imam solat ku....aku inginkan KAMU menjadi imam ku....aku tahu kamu akan cemburu sekiranya aku berbicara dengan ustaz2 lain...mengenai aurat ku...serta hukum hakam berkenaan perihal kewanitaan ku...jadi sekiranya kamu tidak mahu cemburu...maka...ajarkanlah aku.....tapi bagaimana kamu akan mengajarkan aku ilmu2 tersebut...sedangkan sekrang kamu tidak mahu menuntut ILMU???

p/s : dari seorang wanita solehah..yang menginginkan seorang lelaki soleh yang berilmu sebgai suaminya pemilik cintanya 


Wednesday, January 25, 2012

tULanG rUsUk AdaM

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T. Sekuat mana kita setia. Sehebat mana kita merancang. Selama mana kita menunggu. Sekeras mana kita bersabar. Sejujur mana kita menerima dirinya. Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya. Kita tidak akan bersama dengannya. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya. Kita tetap akan bersama dengannya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.W.T.

ALLAH menyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 1

"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak"

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..

Wahai sahabat yang merana, kecewa, sedih, sengsara dan menderita kerana CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita sudah semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA. Jadi tak payah lah sedih dengan apa yang ALLAH tentukan/takdirkan. Semuanya ada hikmah dan pastinya membawa kebaikan kepada kita.


Saya tulis entry ni sebab saya rindukan kucen parsi saya...miss u so much dear !




Thursday, January 12, 2012

ciKgU

bukan mudah menjadi seorang guru rupanya...
dulu mase kita jadi pelajar kita x tau macam mana susah cikgu nak mengajar kita supaya kita faham..betul x?

sekarang bila saya sendiri ada kat tempat cikgu baru tau betapa susahnya nak mendidik anak orang.
tapi saya enjoy dengan keje saya walaupun agak tension.hahaha
seronok juga jadi cikgu ni rupanya..

pagi2 pegi sekolah tengahari dah balik..seriously seronok bila ade orang panggil saya 'cikgu' hahaha...perasan kejap...^_^
patut la kucen parsi saya asyik suruh saya jadi cikgu dulu.tapi die xnak pulak jadi cikgu :p
sedih sebab saya cume ganti cikgu yg cuti bersalin.paling lama pun 3 bulan.tp xpe..kat rumah pun saya mengajar.jadi cikgu tuition!hehehe

bertuah kan menjadi pendidik?
perdana menteri tu boleh berjaya sebab siapa?
cikgu kan?cikgu yg mule2 ajar die mengenal ABC, 123
so...hargailah cikgu anda semua..hehehe

sampai kita mati pun orang tetap panggil kita cikgu..betapa mulianya jadi seorang guru!

haa..nak cerita cikit pasal sekolah saya dulu..

saya mula sekolah mase umur saya 5 tahun..sekolah tadika islam tau.macam ala2 PASTI tu.huhu
sebab x ade sekolah tadika kemas lg mase tu.tu je paling dekat dengan rumah..mase umur 5 tahun arwah ayah saya yang hantar hari2 pegi sekolah.mase umur 6 tahun ayah belikan saya basikal..so saya pegi sekolah naik basikal bawak adik kat belakang.comey kan?hehehe

mase masuk darjah 1-6 nama sekolah saya SEKOLAH KEBANGSAAN GELONG GAJAH.
sekolah saya ni depan rumah je tapi sebab saya ni agak manja..hari2 arwah ayah yg hantar.hahaha

ni la lencana sekolah saya..cantik x?


mase sekolah menengah tingkatan 1-5 pulak SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA SHAHRIMAN.
sekolah ni jauh dari rumah.so saya kena naik bas hari2.sebab sekolah ni kat pekan Beruas.




lepas tu saya sambung lagi sekolah ke tingkatan enam.mase lower six saya sekolah di ACS Sitiawan.ade kot dalam sebulan.oleh kerana sekolah tu terlalu la 'dekat' dengan rumah mama saya minta tukar ke sekolah yg lebih dekat...SEKOLAH KEBANGSAAN AMBROSE, AYER TAWAR.
dekat dengan tempat keje mama saya.senang die nak skodeng..saya xnak balik SMKRS sebab sekolah tu wajibkan ambil subjek SEJARAH!OMG!
saya x suke sejarah.bukan xtau hargai sejarah tp subjek tu banyak sgt membaca.kalo bace buku sejarah alamatnye saya tido je.confirm xkan bace.hahaha
ni la lencana SMKAAT




ni pulak gambar2 sepanjang saya menjadi seorang guru.ni la students saya yg sgt nakal.hehehe


ni mase hari anugerah sekolah.budak2 ni buat persembahan bahasa arab


ni student saya yg dapat hadiah..no 1-3.Dareel,Insyirah dan Yusuf


haa...budak2 ni saya yg train Action Song in English.hahaha


ni kwn2 mase saya mengajar.kwn2 yg sporting! kak maz,kak has,sya & my best friend ani..


students 4 Orkid yg sgt la nakal..tp saya syg mereka2.hehehe




Saturday, January 7, 2012

2012!!!

wah...dah masuk tahun baru..kejap je mase berlalu.




HaPPy nEw YeaR fRiEndS!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...