You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us

Blogger news

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, August 30, 2012

MiSs u sO mUcH!!!



Really2 miss all of u babies!!!



Expecially u Izzaqeer...kakak rindu nak tido ngan Zaqeer T-T 



Muazzif yang suka hisap puting


Suhail yang sangat pandai posing !


Nuha yang kuat nangis 


Iman si kepol2!!!rindunye budak slumber sorang ni!


Amin!!!nak tengok upin ipin x?


Syafi si budak nakal yang cengeng!


Oh!!!my Fariz Danial 


Thaqif si budak bijak !


Amirun yang kuat melalak


Afiq the Mat Saleh! I love u Afiq

Kakak rindukan korang semua..sangat!!!Jadi budak baik n belajar rajin2 ye adik2?
May Allah always bless u

Sunday, August 26, 2012

RaYa wE aLL ^-^

Disebabkan baby saya masuk ward lagi so xdela la entry baru sepanjang bulan puasa.punya la bosan!fuh!

So sekarang ni entry saya mesti la pasal raya.hehehehe...how was your raya kawan2?
Before that! x lewat lagi kan? 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari saya dan family.

Raya pertama saya hanya di rumah sebab atuk dan opah dah lama xde so kami dah xde kampung.eh?tapi ade balik kampung.macam mane ye?kampung atuk dan opah la yg xde.hehe
Pagi macam biasa bersalaman dgn mama.nak mintak duit raya tapi dah besar sangat so saya yg kena bagi duit raya kat mama.dah terbalik kan?hahaha
Lepas tu kami pergi solat Aidilfitri di masjid.dekat je dgn rumah.Mama siap ajak jalan kaki lagi.Lepas je solat Aidilfitri kami sama ziarah kubur arwah ayah,atuk,opah,nenek.Rindunyeee kat ayah.Tahun pertama raya tanpa ayah T-T
Mama kate tahun ni nak berjalan raya je xnak duduk kat rumah tunggu tetamu so kami beraya ke rumah paklang temankan maklang yg sakit.lepas tu kami ke rumah paksu.petang saya keluar beraya dengan kawan2 baik saya.raya pertama dah ade open house.memang la raya orang open house kan?kalo close bukan raya la namenye.hehehehe

Raya kedua saya dgn mama beraya ke rumah pakcik sebab tahun ni pakcik beraya di rumah dia. Raya ketiga saya ziarah kubur arwah opah sebelah mama di Kepala Batas, Penang.lepas tu ikut makcik pegi kenduri dan jalan di pantai merdeka then kami balik kampung di Taiping rumah satu2nye abang mama.Sebab nak makan lemang paklong yg marvelous delicious!!!

with my mama.buruk gile muke sebab angin kuat sangat.hahahaha



my little brother..


my only one pakcik yg sporting n macam ayah sendiri


ABC Gunung Jerai..amek kaw!gile tinggi sampai x habis makan.hahahaha


Raya keempat dan kelima saya sibuk menyiapkan hantaran for my BFF cik cella.penat aih!!die nak tunang saya yg penat.tapi sebab kawan yg terlalu baik kita pun kena la tolong kan?



selerak bilik saya



bila dah siap rasa lega...cantik x?hehehe

Raya ketujuh sepanjang hari saya busy dgn kawan2 for our BFF engagement, Cik Nazatul Shella.
Kawan gile2 saya sorang dah jadi tunang orang..sedey T-T
Ape pun Selamat bertunang Ella & Azmi. Semoga berbahagia n cepat2 ke jinjang pelamin. cepat sikit kami dapat anak buah kan?hehehehe


macam biasa la kami suka berposing.hehehehe



my besties forever...syg korang!





terketar bakal mentua sarung cincin ye?hahahahaha



posing baju sama yg disponsor.hahahahaha



semoga berbahagia shella & azmi...




Thursday, July 19, 2012

RaMadHaN 1413H

Lusa kita dah nak sambut bulan Ramadhan Al- Mubarak....Kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua orang Islam..Jangan lupa solat Tarawih ye!


Atuk ni dah bertukar orang..dulu tiap2 tahun saya suke duduk depan TV tunggu atuk muncul buat pengiystiharan puasa Ramadhan, Aidilfitri n Aidiladha.hehehe


Tahun ni adalah tahun pertama saya sambut Ramadhan tanpa ayah...sedihnya !!Setiap tahun ayah la paling excited nak sambut Ramadhan.Rindu kat ayah T_T
Oleh kerana tahun ni mama berpuasa tanpa ayah so saya dengan adik kena ada same2 dengan mama sambut Ramadhan ni.Mesti mama rindu nak buatkan juadah berbuka fevret ayah kan?Ayah x suka berbuke makan nasi tapi suke kuih manis2 n my spagetti.Ayah saya western woo..hahaha
Imah doakan ayah tenang di sana n berada dikalangan orang2 beriman..Amin...

Adik Hanis jangan lupe teman Kak Imah pegi Tarawih lagi tahun ni ye?Kite jalan kaki pegi masjid same2 berdua.Tahun ni mesti Opah nak ikut kita.Adela kawan kite nak borak2 sambil jalan kan?Bestnye!!!hehehehe

Ok!!!
Sekarang saya nak share sikit info tentang Ramadhan yg saya bace dari buku n juge dari cik google.hehehehe

Sape lg x tau niat nak puasa?Aiyooo!!!


Baca tau!!!Kalo x niat x boleh puase kawan2.



Tahun ni kalo boleh nak pegi tarawih tiap2 malam.cewah!!macam puase penuh kan?tapi insyaAllah penuh...Nak tau fadhilat Solat Tarawih?
Haa...ni saya dapat dr cik google n buku yg baru saya beli last 2 weeks.hehehe

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK SEMUA!!!







Sunday, July 1, 2012

KiTa =)



Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..

Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..

Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..

Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..

Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..

Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...

Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..




dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN

sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga

ALLAH yang akan tentukan...

jadi, usah risau..

andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...

InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...



Wednesday, June 27, 2012

aFteR 9 yEaRs

After 9 years he's yours!!! Congratulation Dila !!!
Bila terkenangkan saat mula ko kenal die sangat kelakar kan? Kita la budak nakal mase sekolah dulu buli budak skema.hahahaha....Really miss the moments!
Ko cakap nak tunggu 10 tahun..tapi dah x tahan ye?hahahahahaha
I hope ur marriage with him will be untill Jannah dan sentiasa dilindungi Allah SWT...InsyaAllah.


beautiful bride !




cepat2 bagi aku anak buah tau?hehehehe


please be good to my good friend ok!!




Semoga berbahagia !!

Friday, June 15, 2012

siStErS

kalaulah saya punya adik perempuan atau kakak kan best? saya selalu berangan teringin punya kakak atau adik perempuan..sebab ape??? sebab seronok boleh share masalah dengan die, share cerita, share baju, tudung, boleh borak2 sampai lewat pagi, boleh pegi shopping sama2, boleh keluar jalan2, boleh share bilik...best kan?

cemburu sangat bila tengok kawan2 yg punya adik beradik perempuan...bukan la punya adik lelaki tu x best. ada juga bestnya ade adik lelaki walaupun selalu kena buli dgn diorang.ada 2 adik lelaki yg nakal2 ni pun best..kalau ada adik perempuan lg best kan?betul x?

ada adik lelaki selalu keluar lepak dgn kawan2 diorang je...kalau ada adik perempuan mesti x boleh keluar malam. ada kawan saya nak sembang2, borak2. betul x?
sekarang saya sunyi.sorang2 je kat rumah.teman saya cuma buku, handphone, laptop, novel. bosan kan hidup saya?

memang la saya punya kawan baik yg sangat2 baik & memahami tp diorang pun ada family sendiri.kawan dgn family lain kan?

boleh ke umur saya yg dah masuk 25 tahun ni punya adik perempuan lg?hahahahaha...










Saturday, June 9, 2012

iF YoU miSs

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : 

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. 

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. 

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. 

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....



Thursday, June 7, 2012

taHuN mELaWaT PeRaK =)

oleh kerana tahun ni adalah tahun melawat Perak...makanya saya nak update la sikit tempat yg menarik kat Perak ni..ada 1 je pun yg sempat pegi dgn family saya..hahaha

saya malas nak menulis so saya letak gambar jela untuk korang semua tengok ye x?
hehehehe


Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak


bak kate adik..air terjun tipu.hahaha


ade tasik


my lovely family...makcik..mama..pakcik


with my hot mama =)


my lil big brother..hahaha


thank u adik snap pic ni..comel kakak..hahaha


haa...ni jela yg sempat saya update dikala mood malas ni..hehehe



Monday, May 28, 2012

Allah always with u Imah =)

Allah tidak pernah meninggalkan kita walaupun semua orang tinggalkan kita...

"Bila kita pernah merasakan semua manusia meninggalkan kita, kita akan sunyi dan sepi, bertalu-talu mengatakan tiada lagi yg mengasihimu...Ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Penyayang..
ALLAH ada dekat dengan kita dan Dia tidak meninggalkanmu walaupun semua manusia telah meninggalkanmu.."


Saturday, May 19, 2012

OuR fRiEnDsHiP ^_^

wah!!!busy sungguh saya lately ni..tak sempat nak update blog.rupanye kalau dah keje ni busy betul.siang keje malam letih..tido jela.hahaha

hari ni saya nak cite tentang friendship kami berempat...macam mana kami boleh rapat macam ni sampai sekarang..sebab jodoh yg Allah SWT tetapkan..

tak tau la kawan2 saya perasan atau tak...our birthday's date hampir sama.

saya = 8th June 
Ani = 8th March
Ikin = 17th May
Ella = 19th May

saya dgn ani lebih rapat cikit....ikin ngan ella pun macam tu..indahnya Allah SWT tu kan?dia ciptakan persahabatan kami sebaik ni.

I love u all friends!!!


by the way...sebenarnya nak update pasal birthday girls Nazatul Shella Mohamad Azhar and Norasyikin Aziz...you are 25 now Ella and Ikin.hahaha.....tue cikit jela dari aku.kihkihkih
Happy Birthday girls!!!
may Allah SWT bless u and always in happiness dear...may our friendship happy ever after and may you meet your soulmates untill Jannah insyaAllah 
^_^


birthday's girl with her cake in Pizza Hut Aeon Station 18 Ipoh atas request dari Ani yg nak sangat makan pizza sebelum posting ke Johor.hahaha


sorry Ikin!!!kitorang tak tunggu hg balik celebrate sama2...sebab nanti Ani pulak takdak =(


my BFFs at Ani's 25th birthday at Strawberry Cafe, Sitiawan 2 months ago


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...