You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us You're one in a million You're once in a lifetime You made me discover one of the stars above us

Blogger news

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, March 28, 2012

tERfiKiR..??

"...perhaps you hate a thing and it is good for you,
and perhaps you love a thing and it is bad for you.
And Allah SWT knows, while you not know..."

"...jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi wanita yang baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik..."



Saya ni takde la pandai sangat menulis tapi kalau sekadar nak berkongsi pendapat tu bolehlah..he...he...he... 
Al-maklum la sejak umur hampir2 ke suku abad ni baru tefikir tentang soal jodoh. Sebab dah tua kot kan?hahahahahahaha...

ADAM - tangjungjawab kamu sangat la besar bila melangkah ke alam perkahwinan. Kamu dieberi amanah untuk menjadi imam dalam keluarga. Kamu diamanahkan untuk membimbing isteri serta anak-anakmu ke jalan-Nya. Walaupun kamu masih muda tapi kamu harus mempersiapkan mental, fizikal, rohani dan jasmani kamu untuk bekalan bersama isteri dan anak-anak. Bila dah kahwin berat la bahu kamu untuk menanggung dosa isteri dan anak-anak. Tapi kalau nak ringan rajinkanlah diri kamu untuk membimbing mereka.
Bukankah ADAM adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya?

HAWA - sudah ada suami tidak bermakna semua tanggungjawab pada suami kamu sahaja. Kamu juga punya tanggungjawab besar sebagai isteri yang patuh pada suami dan ibu yang penyayang buat anak-anakmu. Carilah ilmu sebanyak yang boleh supaya kamu dapat menjadikan rumah tanggamu bahagia di dunia dan di akhirat. Hantaran yang dibayar suamimu bukan untuk dapatkan isteri yang cantik je kan? Tapi isteri yang pandai masak, mengemas rumah, boleh melahirkan zuriatnya dan yang pandai menjaga maruah diri dan suaminya. Ramai orang kata kaum HAWA mudah nak masuk syurga jika hidupnya diredhai suami dan Allah...kan?

Kenal lama-lama bukan perkara 'wajib' sebelum kahwin. Buang masa kita dan membawa kepada maksiat bukan? Tidak semestinya kenal lama kita akan serasi bila sudah berkahwin kelak. Kalau tak kenal kita tak boleh serasi ke? 'Incik syaitan' suka sangat kalau kita 'couple2' tapi dia benci bila kita kahwin.
Apa pun kita cuma berserah pada Allah SWT. Dia yang menentukan jodoh kita tapi janganlah pulak tunggu je kat rumah sampai orang datang meminang kan?hahahaha....Usaha la cari insan yang baik buat diri kamu di dunia dan di akhirat.

Kalau dah suka pada seseorang pastikanlah dia adalah yang terbaik untuk kamu, agama kamu, dunia kamu dan akhirat kamu. Redha dengan segala ketentuan Allah SWT kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Jika kita ikhlas niat kerana Allah SWT, insyaAllah hubungan kita akan mendapat redha yang Esa dan kekal ke akhir hayat. Carilah seseorang yang membuatmu dekat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Jika sudah ketemu, insyaAllah dia adalah jodohmu kelak.

* Jangan jadi seperti Romeo & Juliet, Laila & Majnun tapi jadilah seperti atuk & nenek yang sama-sama melalui fasa hidup sampai akhir hayat dengan redha Allah SWT.


wah..panjangnya entry saya kali ni.penat juga la menaip.hihihi...
hope ada yang sudi membaca dan komen =)






Monday, March 26, 2012

wiSh u wiLL bE fiNe SaYanG!

"Awak, satu hari nanti saya nak awak jadi bulan dan saya nak jadi bintang. Bulan dan bintang akan sentiasa bersama, tak pernah terpisah walaupun awan mendung melitupi. Walaupun bintang tu banyak, tapi bulan tetap satu. Saya hanya ada awak. Saya nak awak dengan saya sentiasa bersama, hingga akhir nyawa saya, harungi suka duka kehidupan bersama-sama. Tak pernah kenal erti putus asa. Tak pernah mengalah dengan rencah kehidupan. Tak pernah melatah dengan dugaan yang hadir !"


"Awak, bintang tu cantikkan. Tapi, saya tak secantik bintang. Saya hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa dan hanya punya sekeping hati. Sekeping hati yang minta untuk dijaga dengan sebaiknya. Hati saya tiada gantinya. Andai ia pecah, hancur maka begitulah dengan saya. Saya tidak pantas untuk jatuh cinta pada sesiapa yang saya jumpa, tetapi saya akan jatuh cinta kepada orang yang benar-benar menghargai saya. Saya tak minta harta, kekayaan daripada awak. Tetapi, saya hanya minta awak hargai saya sepenuhnya. Terima kekurangan saya, dan hargai kelebihan saya !"


"Awak, andai kata awak jodoh saya, saya tak minta emas, permata berlian daripada awak. Saya cuma berharap agar awak mampu menyayangi saya sepenuh hati awak. Saya insan yang punya banyak kekurangan. Ajar saya untuk baiki kelemahan yang saya ada kerana saya perlukan seseorang untuk sentiasa bimbing saya. Semoga awak orang yang saya cari untuk menemani hari-hari saya yang akan datang dan menjadi imam buat saya !"


"Awak, andai satu hari nanti awak rindu saya, awak pandanglah ke langit. Pandanglah bintang yang berterabur di langit. Walaupun saya takde depan mata awak, takde di sisi awak, tapi saya tahu awak merindui saya sebab bintang mampu sampaikan salam rindu awak kepada saya. Walaupun kita tak berada di tempat yang sama, tapi kita tak pernah lepas untuk pandang bulan dan bintang yang sama !" 


*I hate you because you giving me chance to know who are you. I hate you because you always being nice to me, never get mad with me even I always do something stupid. ! :)

ZiKiR hARiaN

Allah SWT berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang."
Q.S. Al-Ahzab: 41-42


Monday, March 19, 2012

wHeN yOu...

When you wait for someone for few minutes, It's your need. When you wait for someone for few hours, It's your trust. When you wait for someone for few weeks, It's your friendship. But if you are waiting for someone even after knowing that he/she will never come, It's your love. :)

(from BQ's fan - Karthik)


Friday, March 9, 2012

sUnNaH & aDaB hARi JuMaAT

penghulu hari...Hari Jumaat!
oleh kerana saya rase malas nak menaip so saya post je gambar.hehehe



Wednesday, March 7, 2012

wOrDLess

Gadis yang garang sebelum kahwin, insya-Allah, gadis yang sangat manja dan romantis, selepas kahwin.

Kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya, ialah akhlaknya.
Dan kerana manja dan mengada kepada suaminya, ialah kewajipannya.

^_^



Tuesday, March 6, 2012

mOdEL sAYa!

mereka2 yang menceriakan hidup saya..
saya sayang mereka!
thank you so much adik-adik sebab sudi jadi model Kak Imah.hahahaha


si kecil Yaya & Hanis


budak comel!!


pandai Yaya nak posing..hihihi


credit to Hanis..pandai adik Kak Imah candid pic ni.hehehe


so cute!
penat suruh senyum baru die tau nak senyum...thank you Yaya!


love this moment!


bila kami bersama!hahahahaha


serius sis!!!
macam model baju kurung with her daughter.CANTEK SANGAT!!!


Hanis yang meniarap nak capture pic ni..hahahaha

really enjoy!thank you to all of you...Yaya, Hanis & Oyah.
walaupun hanya bergambar di depan rumah tapi view cantik kan?
ni la halaman rumah saya..love it!

Monday, March 5, 2012

bReAd bUtTeR pUdDinG

oleh kerana saya kebosanan di rumah maka saya jadi rajin untuk masak.
haaa...ni la resepi baru saya dapatkan yang dah lame saya nak cube...

my first trial bread butter pudding!
awesome!!!


nak resepi ke?korang search sendirik!hehehe

resepi ni pun saya dapat dari internet.ala..korang search je.mesti dapat

BREAD BUTTER PUDDING

bahan untuk karamel:

1/2 cawan gula
4 sudu air (mak saya suruh letak banyak.hehe)

pudding:

4 keping roti putih
sedikit butter
3 biji telur 
esen vanilla
400 ml susu cair (susu segar pun boleh)
kismis utk hiasan (ade rase masam2..sedap!)

cara-cara :

1. buat karamel dulu.masukkan gula dalam kuali (lebih senang) kemudian biarkan ia kekuningan.hangus tp bukan hangit ye?hehehe...bila dah keperangan masukkan air.kemudian masukkan ke dlm loyang pembakar.
2. toast roti yang disapu dengan sedikit mentega.
3. panaskan oven dan sapukan lyang pembakar dengan sedikit butter.xdela melekat korang punye puding nanti.
4. di dalam bekas lain. masukkan telur, gula, esen vanilla dan susu.ikut turutan sebab nanti susah pulak nak sebati. (ni saya dpt dr internet tu la)
5. masukkan bahan2 yang dicampur ke dalam loyang yg berisi karamel td.
6. susukan roti yang dipotong 4 bahagian dia atas campuran tadi selang seli dengan kismis.buat la dalam 2 lapisan.
6. bakar di dalam oven dalam 40-60 minit.sehingga masak la.mak saya kate ade bau sedap tu die masak la.huhuhu

ok done!
sesiapa yang berminat cuba la..boleh buat minuman petang.senang je resepi ni.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...