JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T. Sekuat mana kita setia. Sehebat mana kita merancang. Selama mana kita menunggu. Sekeras mana kita bersabar. Sejujur mana kita menerima dirinya. Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya. Kita tidak akan bersama dengannya. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya. Kita tetap akan bersama dengannya. Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang. Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.W.T.
ALLAH menyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 1 :
"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak"
Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..
Wahai sahabat yang merana, kecewa, sedih, sengsara dan menderita kerana CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita sudah semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA. Jadi tak payah lah sedih dengan apa yang ALLAH tentukan/takdirkan. Semuanya ada hikmah dan pastinya membawa kebaikan kepada kita.
Saya tulis entry ni sebab saya rindukan kucen parsi saya...miss u so much dear ♥♥♥!

kucen parsi da gi mane??
ReplyDelete