"...perhaps you hate a thing and it is good for you,
and perhaps you love a thing and it is bad for you.
And Allah SWT knows, while you not know..."
"...jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi wanita yang baik,
Saya ni takde la pandai sangat menulis tapi kalau sekadar nak berkongsi pendapat tu bolehlah..he...he...he...
Al-maklum la sejak umur hampir2 ke suku abad ni baru tefikir tentang soal jodoh. Sebab dah tua kot kan?hahahahahahaha...
ADAM - tangjungjawab kamu sangat la besar bila melangkah ke alam perkahwinan. Kamu dieberi amanah untuk menjadi imam dalam keluarga. Kamu diamanahkan untuk membimbing isteri serta anak-anakmu ke jalan-Nya. Walaupun kamu masih muda tapi kamu harus mempersiapkan mental, fizikal, rohani dan jasmani kamu untuk bekalan bersama isteri dan anak-anak. Bila dah kahwin berat la bahu kamu untuk menanggung dosa isteri dan anak-anak. Tapi kalau nak ringan rajinkanlah diri kamu untuk membimbing mereka.
Bukankah ADAM adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya?
HAWA - sudah ada suami tidak bermakna semua tanggungjawab pada suami kamu sahaja. Kamu juga punya tanggungjawab besar sebagai isteri yang patuh pada suami dan ibu yang penyayang buat anak-anakmu. Carilah ilmu sebanyak yang boleh supaya kamu dapat menjadikan rumah tanggamu bahagia di dunia dan di akhirat. Hantaran yang dibayar suamimu bukan untuk dapatkan isteri yang cantik je kan? Tapi isteri yang pandai masak, mengemas rumah, boleh melahirkan zuriatnya dan yang pandai menjaga maruah diri dan suaminya. Ramai orang kata kaum HAWA mudah nak masuk syurga jika hidupnya diredhai suami dan Allah...kan?
Kenal lama-lama bukan perkara 'wajib' sebelum kahwin. Buang masa kita dan membawa kepada maksiat bukan? Tidak semestinya kenal lama kita akan serasi bila sudah berkahwin kelak. Kalau tak kenal kita tak boleh serasi ke? 'Incik syaitan' suka sangat kalau kita 'couple2' tapi dia benci bila kita kahwin.
Apa pun kita cuma berserah pada Allah SWT. Dia yang menentukan jodoh kita tapi janganlah pulak tunggu je kat rumah sampai orang datang meminang kan?hahahaha....Usaha la cari insan yang baik buat diri kamu di dunia dan di akhirat.
Kalau dah suka pada seseorang pastikanlah dia adalah yang terbaik untuk kamu, agama kamu, dunia kamu dan akhirat kamu. Redha dengan segala ketentuan Allah SWT kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Jika kita ikhlas niat kerana Allah SWT, insyaAllah hubungan kita akan mendapat redha yang Esa dan kekal ke akhir hayat. Carilah seseorang yang membuatmu dekat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Jika sudah ketemu, insyaAllah dia adalah jodohmu kelak.
* Jangan jadi seperti Romeo & Juliet, Laila & Majnun tapi jadilah seperti atuk & nenek yang sama-sama melalui fasa hidup sampai akhir hayat dengan redha Allah SWT.
wah..panjangnya entry saya kali ni.penat juga la menaip.hihihi...
hope ada yang sudi membaca dan komen =)

No comments:
Post a Comment